Carousell dilancarkan pada August 2012 di Singapura, dan kini ianya berada di tujuh pasaran dalam Asia.

Dengan 200 juta penyenaraian, kami adalah salah satu pasaran atas talian yang terbesar di Asia Tenggara, Taiwan, dan Hong Kong. Kami disokong oleh Rakuten Ventures, Sequoia India, 500 Statrups, Golden Gate Ventures, DBS, EDBI, dan Naspers. Pasaran Carousell menawarkan berbagai produk yang disenaraikan dalam berbagai ketegori termasuk kereta, gaya hidup, gajet, dan aksesori fesyen.

 
Carousell adalah pasaran pengiklanan. Jual semudah mengambil satu gambar, dan beli semudah satu perbualan.

Who we are

Pasukan Carousell mempunyai satu misi:
menghubungkan pembeli dan penjual di mana kedua-dua pihak mendapatkan manfaat.

Kami berpandukan beberapa prinsip jenama:

 

Kami inklusif

Kami menyambut segala pembeli dan penjual yang bertanggungjawab ke komuniti kami. Sama ada anda seorang ibu yang hendak membeli mainan atau pakaian anak, atau seorang pengedar barangan yang mahu membesarkan capaian atas talian anda, anda semua boleh sertai Carousell.

Kami manusia untuk manusia

Platform kami bukan sahaja menitikberatkan transaksi, tetapi juga interaksi. Dalam komuniti kami, perbualan langsung seringkali membuahkan perhubungan yang kekal lama antara pembeli dan penjual.

Kami menyambut senario bermanfaat untuk kedua pihak

Kami berjuang untuk mewujudkan senario yang bermanfaat bagi penjual, supaya transaksinya memanfaatkan kedua-dua pembeli dan penjual.

 

Kami meyatukan orang ramai

Kami menghubungkan pembeli dan penjual di satu platform yang membolehkan mereka membuat transaksi yang mudah dan selamat.