Bump

Tingkatkan jualan anda

Setelah melabur masa dan wang ke dalam perniagaan anda, sekarang anda ingin memaksima peluang untuk berhubung dengan pembeli. Satu Carousell Bump, yang melancarkan penyenaraiana anda ke tangga teratas kategori tersebut, adalah cara termudah untuk mencapai pembeli, untuk anda menjual lebih banyak – dan cepat.

Saya berbelanja sebanyak RM1500 untuk Bumps setiap bulan, dan selalunya saya akan dapat jualan sebanyak RM60,000.

@lightbulbsg

Kenapa Bump?

Keterlihatan Segera

Bump melancarkan penyenaraian anda ke tangga teratas kategori tersebut di mana lebih banyak pembeli berpotensi akan melihatnya.

Pulangan Yang Terbukti

Data kami menunjukkan yang Bump boleh mencapai sehingga 90% pembeli dan mewujudkan lebih 40% perbualan. Ini meningkatkan peluang jualan anda lebih dari dua kali ganda.

Carousell Bump
Pilihan Fleksibel

Terdapat 4 pilihan, bergantung kepada berapa cepat anda mahu membuat jualan.

Kawalan Penuh

Untuk menjimatkan masa dan perancangan awal, anda kini boleh menyesuaikan Bumps dengan memilih hari-hari yang khusus dan menyelaraskan kekerapan Bumps.

Pilih Bump yang sesuai

Klik pada butang “Promote” dan pilih “Choose Bumps” untuk melihat kesemua 4 pilihan. Setiap Bump akan memulakan semula tanda-masa dan melancarkannya ke tangga teratas dalam pasaran.

Penjadualan Bump kini adalah Suaikan Bumps Anda, tetapi dengan fleksibiliti yang sama. Jimatkan masa dan rancang Bump lebih awal.

1. Bump sekali, segera: Tindakan pantas dan serta merta yang anda boleh ulangi bila-bila masa

2. Sekali sehari untuk 3 hari: Satu pelancaran sehari, dijadualkan pada masa yang sama untuk 3 hari berturut-turut

3. Dua kali sehari untuk 3 hari: Dua pelancaran sehari tetapi diselang setiap 3 jam, dijadualkan pada masa yang sama untuk 3 hari berturut-turut

4. Sekali sehari untuk 7 hari: Satu pelancaran sehari, dijadualkan pada masa yang sama untuk 7 hari berturut-turut

Suaikan Bumps anda (Dulu dikenali sebagai Penjadualan Bump)

Anda kini boleh menyesuaikan kekerapan Bumps. Jimatkan masa dan jadualkan Bumps anda lebih awal!

Langkah 1: Klik “Pilih Bumps” di laman Promosi dan klik “Suaikan Bumps anda”

Langkah 2: Pilih hari, kekerapan, dan minggu Bump

*Setiap Bump akan dilancarkan pada masa sama pembelian anda.

Bulk Bump

Kami telah membuat Bump lebih fleksibel untuk anda!

Memperkenalkan Bulk Bump, cara yang lebih cekap untuk mewujudkan keterlihatan untuk penjual yang mempunyai jumlah penyenaraian yang besar – ia membenarkan anda membeli Bump secara pukal untuk 50 penyenaraian sekali jalan.

 

Bagaimana hendak membeli Bulk Bump*?

  1. Bulk Bump kini telah tersedia di laman profil anda di bawah ‘Urus Penyenaraian’
  2. Tekan ‘Pilih’ dan pilih penyenaraian untuk pembelian Bulk Bump
  3. Pilih Bump yang anda mahu (Bump Bijak / Bump Biasa) dan beli menggunakan Carousell Coins selepas memilih

 

Tip: Nikmati penjimatan apabila anda membeli Bump secara pukal!

Bila saya perlu Bump?

Cara untuk menjual di Carousell adalah dengan mempunyai keterlihatan yang tinggi. Penjual perlu kreatif dalam mendapatkan lebih banyak siaran. Bump akan berkesan apabila:

1. Anda mempunyai hanya satu barang dan mahu menjualnya dengan cepat
2. Anda mempunyai bajet yang kecil, dan hanya memerlukan peningkatan keterlihatan yang cepat dan sementara
3. Anda mahu kawalan untuk penyenaraian anda dilancarkan ke tangga teratas pasaran

Jika anda mempunyai lebih dari satu barang yang sama dan anda mahukan keterlihatan yang lebih berpanjangan, Spotlight mungkin lebih berkesan untuk anda.

[Pelaburan yang bijak dan mudah

Menjual di Carousell bererti anda telah mengelak yuran pendaftaran dan komisen yang mungkin dicaj oleh laman lain.

icon-coins-lg

Bump boleh dibeli menggunakan Carousell Coins atau BARU! kad kredit*

*Pembelikan melalui Kad (Pembelian Langsung) kini tersedia untuk semua kategori selain Hartanah, Kenderaan, Kerja, dan Servis

Pengiklanan Carousell kami mampu milik, dengan Bump yang bermula dari RM2.00. Walaupun harganya bergantung kepada permintaan, ianya akan membantu mengekalkan penyenaraian anda yang telah di-Bump berada di tangga teratas lebih lama.

Kami mendengar apa yang anda pinta

Komuniti penjual kami mahukan alatan yang boleh membantu mereka mempercepatkan jualan dan tindak balas terhadap promosi. Kami mewujudkan Bump.

Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit – Data kami menunjukkan yang Bump boleh mencapai sehingga 90% pembeli dan mewujudkan peningkatan 40% untuk perbualan. Ini meningkatkan peluang jualan anda lebih dari dua kali ganda.

Capai sehingga

90%

pembeli berpotensi
Dapatkan peningkatan melebihi

40%

untuk perbualan

Bersedia untuk Bump penyenaraian anda?