Kami tahu yang menjayakan suatu perniagaan itu bukan senang - dan kami mahu membantu
Kelebihan Carousell adalah kemudahan dan kelajual penjual kami berjaya menjual. Ambil gambar, senaraikan, dan jual – serta merta. Anda mempunya sebuah pasaran tersedia di platform teraju Singapura tanpa apa-apa overhed.
Untuk mencapai lebih banyak pembeli dan menonjolkan perniagaan anda, laburlah ke Pengiklanan Carousell. Pengiklanan Carousell memberikan lebih banyak kawalan kepada penjual, yang membolehkan anda meningkatkan jumlah jualan dan mempromosikan jenama anda.
Tiada platform e-commerce yang lain yang memberikan tahap fleksibiliti dan nilai sebegini kepada penjual.
Itulah Kelebihan Carousell.
Jual serta merta
Tiada proses pendaftaran yang rumit. Daftar dan jual dengan segera
Maksimakan margin
Kami tidak mengecaj yuran pendaftaran mahupun komisen
Tonjolkan diri anda
Dapatkan akses kepada pasaran tersedia yang mempunyai hampir setengah juta pengguna setiap hari
Pembayaran mudah
Get paid quickly and securely. , our in-app payment feature, allows you to accept credit or debit cards, or DBS PayLah!
Dapatkan pembayaran dengan cepat dan selamt. Perlindungan Carousell ialah ciri pembayaran tersedia aplikasi kami di mana ia membolehkan pembayaran melalui kad kredit, debit, atau DBS PayLah!
Tingkatkan keuntungan
Pengiklanan Carosell kami yang mampu milik membolehkan anda menaikkan trafik ke penyenaraian anda, membesarkan capaian, dan memperbanyakkan jualan serta merta
Sokongan dari kami
Kami menyediakan sokongan berterusan dalam bentuk maklumat dan alatan supaya anda boleh mendapatkan lebih manfaat
Belanja dengan bijak
Gunakan Carousell Coins yang boleh dibeli secara pukal dengan potongan harga untuk menetapkan bajet pemasaran yang lebih baik. Gabungkan pembelian dengan kreatif untuk memanfaatkan bajet anda.
Perlukan bantuan?
Hubungi kami.
Dari permulaan kami membuat penyenaraian, kami mendapat banyak maklumbalas yang bagus. Kami membeli Coins dan mula menggunakan Bump dan Spotlight. Kami mendapati ramai pengguna “like” penyenaraian kami setelah kami mula mempromosikannya. Jadi kami tahu yang pengguna memang mencari, dan kami mencapai sasaran pengguna yang betul melalui Carousell.
Delia Gan
Pengurus Pelanggan, Airple
Walaupun pada bulan yang agak teruk, saya tetap buat jualan mencecah lima angka… Saya tidak perlu membayar sewa dan kos untuk kedai fizikal. Apa yang saya suka tentang Carousell? Setiap kali saya bangun pagi, kedai saya pun buka. Saya beli Pengiklanan Carousell setiap hari dan saya akan dapat keterlihatan mencecah 6,000.
Ho Kien-Meng
Pengumpul Jam
Perbezaan antara Pengiklanan Carousell dan pilihan alatan pemasaran di laman lain ialah kami akan dihubungkan dengan pengguna yang relevan dan sudah mencari servis kami, dan bukannya pengguna rawak. Pemadanannya sangat efektif dan membolehkan kami berasa lebih konfiden dengan pelaburan kami.
Gavin Low
Pengasas, Lyk Mobile